Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma.



Latihan Separa Perubatan

Latihan Separa Perubatan menawarkan 13 bidang latihan, 10 daripadanya untuk latihan bertaraf diploma dan 3 lagi latihan bertaraf sijil. Kepada calon yang layak, mereka akan menjadi pelatih untuk diserapkan dan berkhidmat dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pengambilan Latihan Separa Perubatan dibuat 2 kali setahun. Antara bidang perubatan yang boleh dipilih oleh setiap pelatih adalah seperti berikut :-


Latihan Separa Perubatan bertaraf diploma.

  • Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  • Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota)
  • Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
  • Latihan Jururawat
  • Latihan Jururawat Pergigian
  • Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  • Latihan Juruteknologi Pergigian
  • Latihan Juru X-Ray
  • Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  • Latihan Penolong Pegawai Perubatan


Latihan Separa Perubatan taraf sijil.

  • Latihan Jururawat Masyarakat
  • Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
  • Latihan Pembantu Kesihatan Awam

Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan

Peperikaan online ini akan diadakan pada 8 Mac 2016. Pada pukul 8.00 malam sehingga 9.35 malam.

Soalan akan dibahagikan kepada 2 seksyen iaitu:-

Seksyen A : Ujian Psikometrik
Seksyen B : Pengetahuan Am

Bukan mudah juga untuk menjadi pelatih separa perubatan ini, setiap calon perlu menduduki peperiksaan online latihan separa perubatan, jika lulus calon akan dipanggil pula untuk ditemuduga.

Persediaan yang lengkap perlu dibuat oleh setiap calon agar peluang untuk berkerja dalam sektor awam tidak dilepaskan begitu sahaja. Jadi jangan buat sambil lewa. Buatlah sesungguh hati, kerana ini mungkin bakal menjadi kerjaya untuk masa hadapan anda nanti.




Share your views...

0 Respones to "Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma."

Post a Comment

 

© 2010 Malaysia Trivia Blog All Rights Reserved Thesis WordPress Theme Converted into Blogger Template by Hack Tutors.info